CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, August 1, 2008

When you make a transaction mant companies use and information systems together data abaut you such as your name,address, telephone number,buying habits and credit history. They then sell this information to other companies without your permission and without giving you the chance to verity the information. What potential problem s can you see in this?
Explain your answer?
JAWAPAN:
Pada pendapat saya, syarikat yang mencuri data kita tanpa izin adalah satu kes yang berat. Dalam kes ini kita patut ambil tindakan yang sewajarnya. Kesan daripada ini, kita dapat melihat imej syarikat kita tercemar. Pihak lain juga akan merasakan syarikat kita adalah bermasalah.Di samping itu maruah juga akan terancam disebabkan oleh maklumat tersebut. Saya mencadangkan cari satu software yang boleh rahsiakan maklumat kita. Masalah ini boleh merujuk kepada mahkamah. Kes ini boleh dibawa bincang agar dapat diselesaikan dengan betul. Selain itu, kita patut berhati-hati dengan segala maklumat yang kita simpan kerana mereka juga boleh melakukan perkara yang boleh membuatkan kita tertekan. Kita juga boleh menyaman syarikat mereka dan juga boikot syarikat mereka. Jika tndakan yang diambil tidak diendahkan kita juga boleh menyuruh pihak mahkamah memenjarakan orang yang berbuat demikian..
Think abaut your chosen profession .How might computer and software enhance your productivity? Describe several ways in which you see software changing of affecting your profession.
JAWAPAN:
Sektor yang saya pilih ialah industri perkilangan. Perkilangan ini terdapat pelbagai kilang-kilang yang memproses simen, gula,kaca, plastik, bahan-bahan mentah,minyak kelapa sawit, komponen-komponen elektronik dan industri kereta atau automobil.Kegunaan komputer dan mikrokomputer adalah tenyata dalam kilang-kilang memproses simen,gula dan kaca. Di sini teknologi komputer dapat memainkan peranan yang penting dalam hal kadar keluaran, mutu, dan prestasi kerja serta mengurangkan kos keluaran dan juga tenaga pekerja. Alat-alat pengawalan di kilang-kilang ini yang berjenis analog telah diubahsuai dan diganti dengan alat-alat pengawalan berjenis digit supaya alat-alat baru ini dapat berhubung dan dikawal oleh komputer atau mikrokomputer. Parameter-parameter yang penting dalam proses perkilangan seperti suhu, tekanan, paras, kadar halaju dan nilai pH dapat dikesan oleh komputer atau mikrokomputer melalui satu penukar analog-digit elektronik. Penukar analog digit ini akan menerima isyarat parameter dalam bentuk analog kemudian menghantar isyarat dalam bentuk digit. Isyarat yang berbentuk digit ini akan dihantar oleh komputer atau mikrokomputer. Isyarat parameter yang diterima oleh komputer menunjukkan keadaan proses di bahagian yang berkenaan. Isyarat parameter ini selalu dibandingkan dengan nilai parameter yang telah diset oleh juruteknik di dalam aturcara komputer. Jika terdapat perbezaan antara nilai parameter yang dikesan dengan nilai yang disetkan, maka keadaan keralatan telah berlaku dalam proses. Dalam keadaan seperti ini maka komputer akan mengeluarkan isyarat yang sesuai kepada pengawal analog melalui satu penukar analog-digit atau terus kepada pengawal digit. Pengawal analog kemudian akan mengambil tindakan yang sesuai untu mengurangkan atau menghapuskan ralat ini dalam bahagian berkenaan. Edaran asas sistem kawalan 'mengesan -mentaksir-mengawal' yang digunakan dalam proses komputer akan diulangi secara berterusan tanpa campur tangan manusia. Proses kawalan yang dapat dikendalikan secara tersendiri dan tanpa tindakan manusia dikenali sebagai proses kawalan automatik. Unit Pemancaran Video (VDU) telah digunakan di beberapa bahagian kilang untuk merekodkan data-data dan maklumat-maklumat dari proses kawalan. Menggunakan komputer dalam stesen-stesen janakuasa elektrik telah pun dipergiatkan. Di sini komputer telah digunakan untuk mengesan dan mengawal parameter seperti suhu, tekanan stim, halaju turbin,beban kuasa elektrik dan lain-lain. Dengan cara mengkomputerkan stesen janakuasa elektrik, operasi,dan kecekapan keseluruhan sistem dapat dipertingkatkan. Ini bermakna kos keluaran elektrik dan kos penyelenggaraan alat-alat dapat dikurangkan...

0 comments: