Psikologi ialah satu yang mengkaji tingkah laku serta proses-proses jiwa manusia dan untuk memahaminya , berbagai-bagai kajian telah dibuat mengenainya.
Pakar-pakar psikologi seperti Freud, Rogers, Jung, Adler, Erikson dan lain-lain lagi telah mengasaskan teori-teori mereka dengan tujuan untuk memahami manusia dari segi kehidupan yang tertentu.
Untuk mencapai matlamat ini, psikologi berasaskan kepada 4 objektif iaitu memperihalkan,memahami,,meramalkan, dan
mempengaruhi tingkah laku manusia.
Keempat-empat objektif tersebut dapat dinyatakan seperti berikut. Umpamanya, apabila menerangkan apa yang baru kita lakukan, kita akan memperihalkan keadaan itu pada pandangan kita sendiri.
Apabila kita bertanya,"Apakah yang telah terjadi dan bagaimana ianya boleh berlaku?",
iainya membolehkan kita cuba memahami sesuatu itu melalui proses soal jawab.
Kemudian, kita suka meneka tentang sesuatu kejadian untuk memuaskan hati sendiri.
Soalan seperti"Apa yang boleh berlaku sekiranya saya berbuat demikian" akan mendorong manusia untuk mencari jawapan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan itu.
Situasi ini disebut sebagai ramalan.
Kemudian, manusia cuba untuk mempengaruhi sesuatu di luar dirinya seperti menyhuruh anaknya diam daripada menangis.
Namun demikian, agak sukar untuk untuk kita mempengaruhi diri sendiri terutamanya dalam melakukan perkara yang tidak kita gemari.
Objektif-objektif ini menjadi pegangan kepada para psikologis kerana ianya dapat membantu manusia di dalam usaha mencapai keharmonian dan kesejahteeraan hidup.


1 comments:
tq...ringkasan ini amat berguna utk sy membuat assignment wlopon sedikit..:)
Post a Comment